
14 Julai 2006 (Selasa) 7.45pm,
"BUKAN budak muda jer bang....orang tua tak sedar diri pun nak beli..."
Itulah kalimah yang tercetus apabila diri ini menanyakan jurujual 7E sebentar tadi.
Untuk makluman semua. Hari ini, diri ini 'under cover'. Bukan nak jadi jebon (itu hak milik Mat Sentul), atau James Bond (milik Sean Connery) tetapi hanya untuk menunaikan tanggungjawab sebagai insan yang bergelar Islam.
Itu sahaja. Takda lain.
Nak tanya dik....orang Islam boleh beli arak ker!

Sesambil berfikir apa jenama nak difokuskan; tangan terus gagau dengan menggigil mencapai carlsberg. Ok gak ni, jenama internasional! Sambil jeling pada member (anis)...cepat lerrr ambik gambau kang kantoi!

Sambil capai tin air setan, aku terus keluar. Anis, lak dah tunggu ngan muka blurrr giler.
Camna ni!
Dia garu kepala sambil memandang mukaku.
Gini...kita masuk dan tanya balik kat depa...
Aku pun pasang strategi ngan anis. Dia setuju. Maka kami pun masuk. Maka bermulalah dialog soal jawap ngan bebudak 7E.
Apa nak buat...memang haram bang...tapi dah diaorang nak beli...
Cisss....jawapan kambing!
Kami dah tampal larangan....tapi soal beli itu hak individu....
Pehhh!!! Kambing punya jawapan lagi.
Memanglah kita orang Islam....tapi pemiliknya Vincent Tan nak buat macamana...
Memang kambing punya jawapan lagiiii!!!
Ramai beli...budak muda....orang tua tak sedar diri pun ada...!
Haiii...! Entahlah! Kami selepas tu pergi meninjau di sekeliling. Amboi, depan 7E, pejabat agama sebelahnya lak bangunan Mahkamah Syariah! Sah, lepas ni kalau masuk Harakah sure kena havoc!
Gitula...Malaysiaku!
Petang tu, aku dan anis belek-belek sampel tin carlsberg tu. Hmmm...kalau letak atas meja jer sure 'hilang'.
Anis ambik terus sumbat dalam laci dia. Lesap! Forever!
bagus pakcik khaleel. ni..lakukan penyiasatan sendiri..ke mmg tugas rasmi pakcik..em..pak cik keje ape ye?