Tuesday, April 18, 2006,6:38 PM
Kenangan lalu: Misteri...misteri...misteri....
18 April 2006 (Selasa), 6.00pm...
Tadi rakan setugas suruh updatekan blog. Memanglah, dah lama tak update, apa
nak buat...mental blog. Aliran ilmu susah diterjemahkan dalam paparan skrin komputer. Wa...teringat pesan guru-guru lama, membaca jambatan ilmu. Hmmm..sesekali dok ralit tengok blog kengkawan, ader sorang tu senaraikan buku-buku yang dah dibuat koleksi selepas dibaca.
Sambil bermenung sendirian, dirinya menjentik kenangan lalu. Kilasan pertama terpancar bagaimana sewaktu berusia 10 tahun...diri ini dah mula berjinak dengan buku-buku Franklin W. Dickson, Alfred Hitchcock dan Enid Blyton (edisi Inggeris - waktu itu tiada terjemahan lagi).
Ketika itu, alam misteri, penyiasatan dan pengembaraan menjadi tumpuan. Maklumlah anak Adam. Naluri dan jiwa agak mistirius. Jadi dunia pembacaan ketika itu diadaptasi oleh diri kepada realiti. Sehingga diri ini bersama rerakan sekolah mula menubuhkan team penyiasat sendiri. Konon, dunia ini penuh dengan misteri dan pelbagai rencah yang sukar diterjemahkan oleh akal logis.
Maka dalam kembara jiwa kerdil (10,11 dan 12 tahun) itu, maka pelbagai dugaan kami tempoh dan yang banyaknya lebih pada dunia seorang pelajar.
Misalnya; misteri pensil hilang, pemadam lenyap di atas meja, misteri air / bekal makanan lenyap, misteri guru ghaib, misteri sekolah tiada elektrik, misteri pelajar ponteng sekolah dan pelbagai lagi.Maka, kini bila dok teringat balik kisah-kisah lama ni...sesekali tersenyum sendiri. Tak kurang misteri juga kami masa belum akil baligh dulu. Cuma agak untung, masa lalu takda komputer, PS3, Astro, Televisyen...yang ada cuma buku...buku dan buku!
posted by Khaleel
Permalink ยค
-
ish..ish...ish...seronotnya baca buku2 tu...ada satu lagi yg best...NANCY DREW....terasa cam nak buat koleksi la pulak...
-
hahaahaah...itu baru masa kecik2 punya citer...la ni dah besau...lain kak oiii....
-
ish...ish...memangla itu time kicik2 dulu...tapi tetap rasa nak buat koleksi...bagi akif baca plak...hihihi..itupun kalau ayah dia bagi ler...maklumlah, ayahnya baca buku ilmiah jek...hihihi
-
kira okla tu abangbudin...best aper jadi budak sekolah....bole main teng...teng lagi!
-
salam perkenalan. Know this blog from my son who is also in Lenggong.
-
-
hmmm cik sya...???Lenggong? Anak studi kat situ ker. Yang i tau, sesatunyer manusia lenggong yang tau blog i adalah putri sulung kami, Ira.
ish..ish...ish...seronotnya baca buku2 tu...ada satu lagi yg best...NANCY DREW....terasa cam nak buat koleksi la pulak...