"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi) segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
- Surah Ali Imran (200) -

Tuesday, April 18, 2006,6:38 PM
Kenangan lalu: Misteri...misteri...misteri....


18 April 2006 (Selasa), 6.00pm...

Tadi rakan setugas suruh updatekan blog. Memanglah, dah lama tak update, apa
nak buat...mental blog. Aliran ilmu susah diterjemahkan dalam paparan skrin komputer.


Wa...teringat pesan guru-guru lama, membaca jambatan ilmu. Hmmm..sesekali dok ralit tengok blog kengkawan, ader sorang tu senaraikan buku-buku yang dah dibuat koleksi selepas dibaca.

Sambil bermenung sendirian, dirinya menjentik kenangan lalu. Kilasan pertama terpancar bagaimana sewaktu berusia 10 tahun...diri ini dah mula berjinak dengan buku-buku Franklin W. Dickson, Alfred Hitchcock dan Enid Blyton (edisi Inggeris - waktu itu tiada terjemahan lagi).


Ketika itu, alam misteri, penyiasatan dan pengembaraan menjadi tumpuan. Maklumlah anak Adam. Naluri dan jiwa agak mistirius. Jadi dunia pembacaan ketika itu diadaptasi oleh diri kepada realiti. Sehingga diri ini bersama rerakan sekolah mula menubuhkan team penyiasat sendiri. Konon, dunia ini penuh dengan misteri dan pelbagai rencah yang sukar diterjemahkan oleh akal logis.

Maka dalam kembara jiwa kerdil (10,11 dan 12 tahun) itu, maka pelbagai dugaan kami tempoh dan yang banyaknya lebih pada dunia seorang pelajar.

Misalnya; misteri pensil hilang, pemadam lenyap di atas meja, misteri air / bekal makanan lenyap, misteri guru ghaib, misteri sekolah tiada elektrik, misteri pelajar ponteng sekolah dan pelbagai lagi.


Maka, kini bila dok teringat balik kisah-kisah lama ni...sesekali tersenyum sendiri. Tak kurang misteri juga kami masa belum akil baligh dulu. Cuma agak untung, masa lalu takda komputer, PS3, Astro, Televisyen...yang ada cuma buku...buku dan buku!

 
posted by Khaleel
Permalink ยค 7 comments