"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi) segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
- Surah Ali Imran (200) -

Tuesday, July 11, 2006,3:06 PM
Hmmm...alahai!
Alahai Najib: Budak sekolah pun mampu berfikir

Oleh M Khaleel Kas

Waktu hiburan: Reaksi pelbagai pihak diambil kira

KUALA LUMPUR 9 Julai - Kerajaan hari ini memberi jaminan bahawa keputusan muktamad terhadap cadangan melanjutkan waktu operasi pusat hiburan sehingga 5 pagi akan dibuat berasaskan kepada pengimbangan antara keperluan industri pelancongan dan masalah sosial.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sehubungan itu dalam tempoh ini kerajaan akan terus mendapatkan pandangan serta reaksi daripada pelbagai pihak berhubung dengan cadangan tersebut.

"Kerajaan masih perlu mendengar pandangan serta pendapat daripada pelbagai pihak sebab kita perlu mencari satu pendekatan yang dapat mengimbangi antara keperluan pelancongan dan kebimbangan dari segi masalah sosial dalam negara kita.

"Kedua-dua perhitungan ini akan menjadi panduan kepada kita sebelum sebarang keputusan dibuat,'' katanya. ( Utusan Malaysia: 11 Julai 2006)

___________________________________

Demikian bunyi kenyataan seorang Timbalan Perdana Menteri. Penulis tidak mahu mengulas lanjut. Cuma agak terkejut, seorang Timbalan Perdana Menteri hanya memiliki daya akal yang 'gitu-gitu aje'.

Tak melampau dikatakan, budak sekolah pun mampu berfikir lebih jauh dan bercakap lebih berasas daripada apa yang diucapkannya.

Apakah Najib tidak sedar dirinya sedang berada di Malaysia. Malaysia yang dicanangkan sebagai sebuah negara Islam? Malaysia yang sebagai juga merupakan Pengerusi bagi OIC. Malaysia yang juga meletakkan Islam sebagai agama rasmi dalam struktur perlembagaannya. Malaysia dan yang juga majoriti rakyatnya adalah berlatarkan pendidikan dan mengamalkan ajaran Islam.

Ataupun Najib sedang berkhayal dengan demam Piala Dunia yang telah pun tamat pada 10 Julai 2006 (Isnin) jam 5 pagi lalu bahawa dirinya masih lagi berada di Germany, negara yang penuh dengan maksiat serta rakyatnya sentiasa bermandikan arak!

Kenyataan Najib, "...melanjutkan waktu operasi pusat hiburan sehingga 5 pagi ...akan dibuat berasaskan kepada pengimbangan antara keperluan industri pelancongan dan masalah sosial," merupakan kenyataan yang begitu dangkal seolah segala permasalahan yang timbul sebelum ini akibat kemunculan pusat hiburan yang telah sedia ada tidak memberikan kesan sejentik pun di dalam naluri dirinya yang merupakan antara pemimpin Islam di negara ini.

Apakah yang masih perlu diperimbangkan lagi?

Apakah remaja dan muda-mudi Islam yang lalai dengan maksiat tidak cukup untuk Najib bagi membuat keputusan yang tegas dengan menempelak cadangan Tengku Adnan tempohari? Apakah kegilaan arak di kalangan belia Islam tidak menyakinkan Najib untuk menetapkan satu keputusan hakiki bahawa pelanjutan masa tidak dibolehkan demi menyelamatkan anak-anak muda pewaris bangsa?

Apakah keruntuhan nilai-nilai Islami dalam diri anak-anak masakini sehingga berpuluh ribu yang telah murtad sebagaimana yang didakwa oleh Mufti Perak, masih belum menyakinkan Najib untuk menidakkan cadangan yang tidak waras itu?

Atau apakah, Najib perlu menunggu sesi dialog Mungkar dan Nakir untuk membuat satu kewajaran optimum yang pastinya agak terlewat kelak?

(Petikan Harakahdaily.net)

 
posted by Khaleel
Permalink ยค


0 Comments: