25 Mei 2006 (Khamis) 6.30pm,
Ya Allah..Engkaulah Yang Maha Kuasa, tiada lagi yang lebih daripada Mu...kalau ditakdirkan aku pergi dulu, engkau ampunkanlah dosa-dosaku, dosa-dosaku pada kawan2ku, dosa keluarga, dan kuampunkan juga segala dosa mereka Ya Allah. Andai ku pergi jua, engkau cabutkanlah nyawaku dipangkuan keluargaku Ya Allah! Dan sesungguhnya, jangan dicabut nyawaku dalam aib Ya Allah!
Demikian, ku bermunajat dalam diri kira-kira beberapa jam yang lalu. Entah ngapa, diri tetiba terasa terlalu lemah. Sakit migrane dah mula balik, darah tinggi dah memuncak kat kepala, sakit lower back yang dok buat treatment kat HUKM makin menggigit, rasa panas mula memijar (demam), badan mula menggigil, tekak kering dan mula merekah (sakit), segala sendi diri mula berdenyut bagai dipalu ngan belantan baseball, mata dah mula bepinau, tulisan-tulisan di skrin mula kabur, makin ditekuni makin menghilang.
Aku kata sudah, ni kira tanda-tanda nak demam (flu) teruk. Dah lama tak kena camni, sejak chicken pox (2003) lalu. Biasa kalau gini, paling kurang 5 hari tumbang, 2 hari nak merangkak dari katil dan 3 hari baru boleh jalan.
Dahsyat giler, tapi itulah takdir. Ketentuan Ilahi. Semua ini adalah dugaan-dugaanNya. Mungkin ada kifarahnya dari sakit ini. Mungkin ada dosanya diri padaNya.
Maka, lepas Asar tadi, terus diri ini masuk library. Baring. Pejamkan mata. Pekakkan telinga. Kosongkan minda. Sesambil terus memohon, agar diberi kekuatan.
Bukannya apa, banyak agenda, tugas, tanggungjawab yang rasanya belum dilaksanakan. Bila buka mata kembali, ada sedikit sinar. Badan terasa segar sikit. Kepala agak ringan.
(Alahai...besaunya, apa nak buat telan ajela)
Mana taknya, synflex 250mg ditelan 2 biji sebelum baring. Ingat lagi pesan doktor di HUKM, Dr Mubaraq, hati-hati makan ubat tu, jangan amal selalu. Take it when u need itu, katanya. Bimbang efek kat buah pinggang katanya. Yela, mana tak power synflex, 5 X ganda kuat daripada ponstan yang terkenal sebagai pain killer.
Masa bangun tadi, member staf tekezut, aikk ingat dah balik. Den senyum jer. Anis lak kata, "kita tulis dalam blog, cik khalil dah balik." Hayooo, masuk blog u!
Takpela! So esok camna? Hmmm, tengoklah MC atau tak. Sabtu dan Ahad kerja lak. Kakak balik esok..bas dia dari Lenggong jam 3pm, paling-paling 6pm dah sampai. So kena laksana gak tanggungjawab tu.
Insya-Allah akan kuat diri ini. Ya Allah engkau kuatkanlah diri ini!
salam,
kau sakit apa ni?
emel aku di tehranifaisal@yahoo.com
aku akan ceritakan sisi lain mengenai isu dengan usm.
wassalam