"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi) segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
- Surah Ali Imran (200) -

Monday, July 10, 2006,3:10 PM
Di Malaysia pun kena kad MERAH!


10 Julai 2006 (Isnin) 3.00 pm,

Akhirnya setelah lebih sebulan bergelut...buat sekian kalinya seluruh dunia dah tahu keputusan pagi tadi: FRANCE 'MENANG'!

Hah...mulalah ramai nak bangkang...memanglah ITALY menang penalti; tapi puncaknya...skuad yang digelar 'kuda tua' yang 'menang! Mana taknya, dari abis perlawanan sampai beberapa jam berikutnya; pengulas hampir semua channel di Astro a.k.a. akhbar atau internet ulas tentang insiden kad merah.

Nampaknya, general France: Zidane berjaya mengukir 'sejarah' tersendiri. Itulah bola sepak.

Cuma kalau di Malaysia kini; nampak gayanya dalam pelbagai isu dan senario dok berlaku akan ada yang dapat kad merah gamaknya. Dari AP, Agusta, Jambatan Bengkok sampai pada soal salah pilih PM diungkitkan!

Apakah MT takkan layangkan kad MERAH? Dan apakah tahun ini akan tercatat sejarah tersendiri; dalam musim FIFA 2006 - 2 kad merah dilayangkan; satu di Germany - satu lagi di Malaysia!

Let's wait n see!
 
posted by Khaleel
Permalink ยค


0 Comments: