Thursday, February 16, 2006,8:16 AM
Bila pokok mengamuk d' KL....
KHAMIS, 16 Februari 2006 - 8.00 pagi,Seperti lazimnya...meredah jalan yang riuh dengan kenderaan dan hiruk pikuk manusia sudah mula lali. Kalau setakat 1 jam nak sampai ke oopis kira bisaklaaa tu.
Dan seperti sebelum ini...tak tekezut kalau masuk opis...semuanya gelap. Biasalak..orang tak mai lagi...ramai masih bawah selimut....lebih2 lagi yang baru honeymoon. Faham jela...pengantin baru. Takpe...bagila cannnn...
Cuma nak havoc sikit pasal cuaca sehari dua ni....bila petang mulalah mendung...hujan mula menggila....angin mula meribut....dan banyak pohon-pohon 'pasang siap' menyembah bumi.
Dulu semalam...sekitar KL hampir 200 pokok siap ranap dibadai angin kencang. Dan nasib harta benda serta nyawa manusia sukar nak ditentukan. Kereta Hirman nyaris terbelah dua. Malah kereta penulis hampir jadi mangsa kalau tidak gerak hati yang menghalang dari parking kat situ pada paginya.
Cuma di sini...kita tak boleh nak salahkan angin. Bukan salah angin yang nak tiup kencang. Juga bukan salah pokok yang tumbang. Bukan salah manusia juga...sebab kawasan tersebut memang kawasan sah letak kereta.
Cuma yang nampak tak kena adalah...cara dan kaedah DBKL tanam pokok sekitar KL. Seperti kita maklum, hampir semua pokok yang berada di sekitar KL yang digunakan sebagai hiasan atau tujuan tertentu terutamanya selepas sesuatu projek dilaksanakan adalah terdiri daripada pokok 'pasang siap'.
Yang sering menduga akal dan logik waras penulis, sejauhmana cara yang jadi budaya DBKL ini benar dan tepat menurut logik hukum tanaman, alam sekitar dan fitrah tumbuh-tumbuhan itu sendiri.
Penulis bukanlah pakar pertanian, geologis yang mahir tentang struktur tanah atau pakar herbologi yang arif tentang jisim dan jirim setiap tumbuhan. Cuma yang pernah penulis diajar oleh orang tua penulis adalah kalau nak tanam pokok biar dari rebungnya.
Kalau nak pastikan pokok tu kuat biar ditanam di suatu kawasan tu dari asalnya. Kalau benih, maka dari benihlah dia bercambah...dan kalau anak pokok maka dari anak pokoklah dia akan membesar. Jadi akar yang menjalar di bawah perdu pokok akan kejap dan tegap.
Dan proses tumbesaran akar yang lama di kawasan tersebut akan secara tidak langsung akan mencengkam kukuh segala molekul dan struktur tanah di sekitarnya serta menjadikannya sebagai tumbuhan yang sukar untuk digoyahkan.
Namun, apa yang berlaku ketika ini tidaklah sebegitu. DBKL seolah-olah tidak mahu memikirkan lagi soal fitrah, naluri dan tuntutan alam yang sememangnya diperlukan oleh pokok-pokok yang ditanam.
Saat ini, pokok-pokok yang ditanam adalah bersifat 'pasang siap'. Yang ditanam bukannya dari asal benih atau anak pokok tetapi jenis pokok yang telah mula beruban. Malah ada kalanya, pokok yang ditanam lebih tinggi 2 kali ganda dari manusia yang menanamnya.
Maka, jangan terkejutlah jika satu hari nanti apabila kita membawa kereta dalam suasana hujan...tiba-tiba beberapa pohon yang berada di kiri dan kanan jalan tumbang satu persatu.
Pokok pun ada rasa dan citanya.