"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi) segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
- Surah Ali Imran (200) -

Monday, February 13, 2006,11:46 AM
Blog sorang-sorang satu kembara...

HARI ini Isnin tanggal 13 Februari 2006...11.47 pagi,
...saat ini bilik berita lengang. Yang tinggal sicomel receptionist, simanis Hirman dan diri sendiri.
Perjalanan untuk menghabiskan minggu ini masih jauh. Baru hari pertama untuk minggu ini. Bermaksud masih ada lebih kurang 5 hari lagi untuk bercuti santai.

Dalam pada tu...Roy yang ke India sudah kembali ke opis. Macam biasalah....riuh dengan kisah kembara. Maklumlah pertama kali jalan jauh sorang-sorang.
Yang menarik...katanya tekaknya kembang...tak lalu nak jamah makan kat sana.
Entahlah...cuma bagi kita rasanya hidup ini satu kembara. Kita kat umah sendiri satu kembara. Jalan-jalan KL sampai jem satu kembara. Masuk opis gebang-gebang satu kembara. Masuk toilet meneran pun satu kembara juga. Malah dok buat blog ni pon kembara juga. Walau sorang-sorang post...sorang-sorang komen dan sorang-sorang dok view....heheheh semua satu kembara. Apatah lagi kalau makan kat tempat orang dalam dunia yang sejuk menggigil. Adious!

 
posted by Khaleel
Permalink ยค


1 Comments:


  • At 12:38 PM, Blogger Khaleel

    m.nasir dah ngan mawi dah...dok kembara ngan mawi team kembara dan tak pandang...errr koya-koya juga...sat ni...jangan koya ngan news dah..kang mereng..jang oiiii...