"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi) segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
- Surah Ali Imran (200) -

Tuesday, February 07, 2006,4:08 PM
Masih adakah esok?

Hari ini kita berlagu ria menikmati hidangan enak di bawah sinaran chandeliar. Esok masih belum pasti apakah akan ada detik-detik tika ini akan kita nikmati lagi.
Semuanya, tiada yang pasti. Tiada siapa yang dapat menjanjikan sesuatu yang hakiki akan riwayat kita keesokannya. Kita tidak mampu menduga apa kandungan hakiki alam esok yang masih kelam.
Apa yang pasti kita hanya mampu merencana akan seribu harapan. Seribu tugasan bakal difikiri untuk dibawa keesokan hari. Pelbagai rencana yang digarap sepanjang hari ini, akan cuba kita laksanakan esok.
Namun, masih mampukah kita menatap wajah suria pagi keesokannya? Masih akan adakah tangis dan tawa anak-anak kita tatkala kita menginjakkan kaki keluar dari kepompong rumah kita? Masih gembirakah kita dengan teh tarik, nescafe ais dan roti mamak di penjuru pejabat keesokannya?
Tiada sesiapa yang pasti. Tiada jasad yang berani mendabik dada, bahawa esok masih lagi menghuni untuk kita. Lalu apakah persediaan kita?
 
posted by Khaleel
Permalink ยค


5 Comments: