Siang tadi gi sekolah adik Nu'man...ada acara sukaneka..adik menang 'pingat istimewa'. Lepas tu balik rumah sibuk kemas...untuk kakak ira.
Gitulah, maklumlah inilah kali pertama nak merasa sebagai parents yang anaknya ke asrama. Bukan dekat lak tu...jauh juga.
Esok pagi kami semua akan berangkat sebelum subuh...5.00 pagi. Target pertama subuh di Rawang atau Sg Buloh. Lepas tu baru mulakan misi tinjauan di sekitar Kuala Kangsar sehingga Lenggong.
(Adik Nu'man ngan roti specialnya masa sukaneka)
Strategis perang kata, kalau nak serang tempat baru...kita kena tinjau buat misi risikan. Kena tahu off hand maklumat dan on hand punya maklumat dan paling bagus masuk sendiri dalam kawasan dan survey sebelum serang kawasan tersebut.
Maka, sebagaimana strategi militari, maka kami pun merancang sebegitu. Cuma strategi awal nak pegi sehari awal terpaksa kensel...sebab soal planing yang lari kerana ada 'pegawai atasan' yang kena masuk sukaneka!
Apa-apa hal kita jumpa dalam post berikutnya setelah misi selesai di Lenggong!