Saturday, July 29, 2006,5:07 PM
SEKITAR DEMOSTRASI ISRAEL - AMERIKA!
ALLAHUAKBAR...demikian pekikan saling bertalu daripada semua yang hadir. Lautan umat Islam ternyata menjadi dijana kali ini buat julung kalinya setelah sekian lama agak riindu semua pencinta Islam melihat satu gelombang raksasa dalam menuntut hak dicabuli oleh tangan-tangan yang rakus.
ALLAHUAKBAR...lautan umat Islam membanjiri sepanjang Jalan Tun Abdul Razak (hadapan kedutaan Amerika) dalam melahirkan bantahan terhadap kekejaman Israel.
SUBHANALLAH...muslimim dan muslimat bergandingan dalam memastikan syariat Allah tidak diperlekehkan!
ALHAMDULILLAH...walaupun berbasah kuyup dalam hujan lebat pemimpin Islam masih bersatu bersama rakyat dalam gelojak bantahan semalam!
AMIN YA ALLAH...moga engkau perkenankan doa-doa kami ini agar agamamu terpelihara dan umat Islam berada dalam ambang kemenangan!
YA ALLAH...walaupun diriku kerdil engkau berilah kekuatan agar panji-panji Islam dapat ku tegakkan bersama mereka ini!
JAHANAM ISRAEL, JAHANAM AMERIKA...kami bersedia berjuang di jalanmu ya-Allah!
Thursday, July 27, 2006,1:15 PM
Tidak berdosa mereka jika...!
Setelah dibedil, diseksa, dibelasah, disembelih, dilanyak, diganyang oleh Israel...apakah wajar selamanya umat Islam berdiam diri dengan berpeluk tubuh tanpa ada sedikit pun rasa malu, tercabar, tercuit pada maruah diri dan agama?
Apakah perlu dibiarkan rejim zionis terus menerus bermaharajalela dengan berleluasa tanpa ada rasa takut mahupun gentar kerana merasakan orang-orang Islam tidak akan apa-apa.
Ketika ini; paling mampu orang Islam ketika ini lakukan adalah; Paling-paling berdemo! Angkat sepanduk! Kutuk di depan kedutaan Amerika! Bakar bendera! Pijak replika Bush! Laung dan melaung slogan anti Israel dan Amerika! Boikot barangan Yahudi!
Dan rasa tidak berdosa mereka ini pula bertindak dengan cara mereka sendiri:
..takkan kurela ISLAM diperlekehkan...
...untuk-MU Ya ALLAH...
...nyah kalian dari tanah kami...
...Lailahaillallah...
...kami tidak gentar...SYAHID itu matlamat kami...
...ayuh seluruh muslimat...kita ajari rejim zionis...
Tuesday, July 25, 2006,8:30 PM
Apakah dosa mereka?
Ketika menaip entri ini...hati ini begitu sebak dan tidak tenteram. Saat-saat meniti koleksi imej keganasan Israel laknatullah ke atas rakyat Palestin amat memilukan. Tiada kata terucap. Hanya gelojak dalam diri meronta-ronta.
Rasa sedih begitu mencengkam. Pilu menikam ke kesumat lubuk jiwa. Kelopak kalbu mula digenangi air mata. Hati tidak keruan. Jiwa terasa kosong. Saat-saat menatap wajah anak-anak kecil yang menjadi mangsa itu meragut segala ketenangan jiwa ini.
Apakah dosa mereka?
Bayangkanlah wajah-wajah berikut adalah wajah-wajah kesayangan yang dimiliki kita selama ini:
YA ALLAH...selamatkanlah mereka dari tangan-tangan rejim Zionis laknatullah!
YA ALLAH...engkau terimalah anak syahid ini di sisi-MU!
YA TUHAN...kejamnya manusia di akhir zaman ini!
YA ALLAH...hancurkanlah golongan zionis yang kejam ini!
YA ALLAH...sampai hati mereka buat begini pada sekecil ini!
Thursday, July 20, 2006,12:27 PM
Masih lenakah kita...?
TANGGAL 17 Julai 2006, sekali lagi YANG MAHA KUASA menduga umat Islam. Daerah Pantai Pangadaran menjadi medan ujian berkenaan. Ukuran skala 7.2 yang dicatat hanyalah ukuran manusia kerdil.
Kuasa-NYA siapa yang dapat menjangka. Sehingga catatan ini ditulis, masih banyak mayat-mayat ditemui. Siapalah kita untuk membandingkan diri dengan-NYA.
Di kala kita memikirkan sketsa Israel di Lubnan dan Palestin; lakon layar tok-tok dalang di negara ini...DIA hanya 'menjentik' deruan' ombak maut berhampiran negara kita. Masih lenakah kita?
Kuasa-NYA...tidak terdaya kita!
Hebatnya kuasa-MU YA ALLAH...tidak terduga kami!
MAHA SUCI...ALLAH MAHA BESAR...kami begitu kerdil YA TUHAN!
Kepada-MU kami datang...kepada-MU kami kembali akhirnya YA ALLAH!
Tiada yang berkuasa...selain dari-MU YA ALLAH!
Kami redha dengan pemergian ini...YA ALLAH!
Monday, July 17, 2006,6:11 PM
Ya Allah...selamatkanlah hamba-hamba-MU!
Kes murtad Azlina Jelani (Lina Joy) dan kelemahan sistem perundangan
Oleh Peguam Pembela Islam
Implikasi terhadap masa depan Islam & Melayu di MalaysiaMuqaddimahMaksud hadith;Daripada Ibn Mas`ud dan `Aisyah, Nabi s.a.w. bersabda: Tidak halal darah seseorang muslim selain daripada tiga sebab: berzina selepas menjadi muhsan, membunuh orang lain tanpa hak dan mengasingkan diri dari jemaah serta meninggalkan agama (murtad). (Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud dll)"Sesiapa yang menukar agamanya (murtad), maka hendaklah ianya dibunuh" (Riwayat al-Bukhari dan Abu Dawud)Dalam sejarah lampau, kes Natrah, seorang wanita Belanda yang memeluk Islam dan berkahwin dengan Mansor Adabi telah dipaksa oleh ibu bapanya keluar dari Islam (Murtad) dan menggunakan mahkamah British di Singapura untuk dibawa balik ke Belanda.Keprihatinan seluruh umat Islam & masyarakat dari seluruh pelusuk Tanah Melayu untuk berjalan kaki dan berbasikal untuk berkumpul & berdemonstrasi di Sinagpura untuk membantah & mempertahankan aqidah hanya SEORANG muslimah dari dimurtadkan tanpa sedikitpun memikirkan perasaan takut untuk berhadapan dengan bedila pelurun serta cota tentera British dan sebagainya yang menghalang mereka…Hakikat yang berlaku selepas itu hingga sekarang, umat Islam sekarang terlalu lemah dan dayus untuk hanya mampu melihat sahaja tanpa memperdulikan langsung sejumlah 100,000 (Mufti Perak), dan 250,000 kes yang telahpun murtad “tanpa paksaan” dan hanya menanti untuk didaftarkan di Pejabat Pendaftaran Negara…Apa pendirian kita…?Latar belakangBangsa Melayu khususnya di Malaysia, adalah satu-satunya bangsa di dunia yang mengguna pakai definisi yang jelas di dalam perlembagaan untuk mentakrifkan definisi perkataan Melayu serta skop yang merangkuminya. Istilah Melayu di Malaysia dijelaskan sebagai seorang yang penganut agama Islam, dan Islam & Melayu pada dasarnya mengikut definisi perlembagaan sama sekali tidak boleh dipisahkan. Perkara ini diletakkan dengan jelas di dalam perlembagaan dan menjadi suatu undang-undang di Malaysia untuk Melayu tidak dibenarkan meninggalkan Islam, (rujuk Artikel 160 Perlembagaan Persekutuan), dan Melayu dan bangsa lain yang menganut agama Islam adalah tertakluk di bawah syariat Islam & perundangan Mahkamah Syariah di Malaysia. Azlina Jailani @ Lina Joy?
Nama asal: Azlina Jailani, pernah memohon pada tahun 1997 untuk ditukar kepada Azlina Lelani tetapi ditolak sebab beralasan telah tukar agama Kristian. Permohonan kedua untuk tukar kepada Lina Joy pada 1999 tanpa menyatakan sebab pertukaran kepada agama Kristian telah diluluskan, dengan Kad Pengenalan Baru tertera perkataan Agama Islam. Ayah bernama Jailani bin Shariff dan ibu bernama Kalthum binti Omar, keduanya beragama Islam dan mengamalkan hidup sebagai Muslim. Berwajah typical Malay, berbangsa Melayu keturunan Jawa, berumur 42 tahun. Mengisytiharkan tidak pernah mempraktikkan Islam sejak lahir, beragama Kristian sepenuhnya sejak tahun 1990, mempunyai sijil Baptis yang dikeluarkan pada 11-May-1998, dan pada tahun 2000 menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan seorang India Kristian, dan meminta untuk didaftarkan perkahwinan tersebut untuk mengesahkan perkahwinan beliau. Telah beberapa kali dipanggil dan dinasihatkan oleh Majlis Agama berkenaan kemurtadan beliau, tetapi beliau mempertahankan yang pilihan keluar dari Islam adalah kehendak sendiri dan telah dimaklumkan pada kedua ibu bapa. Bekerja di ProQuest di Taipan, Subang Jaya.menetap di Taman Dato’ Tan Yeiw Lai, Kuala Lumpur.Fakta kesSelepas berkahwin dengan seorang Kristian, beliau memohon untuk pendaftaran perkahwinan, tetapi tidak dibenarkan sebab di dalam Kad Pengenalan masih tertulis beragama Islam walaupun beliau berjaya menukar nama dalam Kad Pengenalan kepada Lina Joy. Berusaha untuk menghilangkan perkataan agama Islam tersebut dengan permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada tahun 2000. Permohonan tidak dibenarkan oleh JPN disebabkan tidak ada kebenaran dari Mahkamah Syariah yang membenarkan memperakui beliau keluar Islam. Mahkamah Syariah mengguna pakai undang-undang Islam yang tidak mengbenarkan (MENGHARAMKAN) seseorang Muslim keluar dari Islam (Murtad), dan Sijil Tukar Agama (Murtad) seperti yang dikehendaki oleh JPN tidak dapat dikeluarkan. Permohonan bermula di Mahkamah Tinggi tahun 2000, seterusnya ke Mahkamah Rayuan pada 19-Septemebr-2005, dan keduanya mengiktiraf bahawa kes adalah dalam kuasa Mahkamah Syariah untuk membenarkan beliau keluar dari Islam dan membolehkan dibuang perkataan Islam di dalam Kad Pengenalan. Setelah semuanya tidak berjaya, peguambela, Dato’ Dr Cyrus Das, juga bekas Presiden Majlis Peguam, berjaya mendapat kebenaran untuk kes dibawa kepada Mahkamah Persekutuan. Kes didengar oleh 3 Hakim (2 Muslim & 1 non-mullim ~ Ketua Hakim Tun Fairiz, Dato’ Alauddin, & Dato’ Richard) pada dasarnya berpendirian yang sama menyokong tindakan Mahkamah Rayuan… HINGGALAH Majlis Peguam yang di ketuai oleh Peguam Malik Imtiaz Sarwar dan beberapa yang lain, yang hanya menjadi barisan peguam pemerhati beserta banyak lagi NGO yang menyokong Lina Joy meminta untuk memberi hujah & bersuara, dan DIBENARKAN oleh mahkamah yang terlibat. Itu adalah permulaan isu ini dibesarkan yang mana tidak pernah dalam sejarah perundangan negara peguam pemerhati dibenarkan berhujah di dalam Mahkamah. Hujah yang dibawa oleh barisan peguam pemerhati yang diketuai oleh Majlis Peguam tersebut melarikan isu utama kes berkenaan daripada hak & kuasa Mahkamah Syariah TETAPI memberi hujah bahawa Lina Joy adalah berhak untuk mempraktikkan kepercayaannya dan dilindungi oleh perlembagaan sebagai hak individu seperti yang terkandung di dalam Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan. Isu Mahkamah Syariah seperti yang diputuskan oleh mahkamah terdahulu sudah tidak releven lagi pada hujah Majlis Peguam, dan isu yang diperjuangkan oleh Kumpulan Artikel 11 & IFC dijadikan isu utama kes ini di Mahkamah Persekutuan. Isu yang diperjuangkan oleh kesebelas NGO non-Mulsim atas nama kumpulan Artikel 11 & Inter-Faith Council (IFC) adalah untuk mendefinisikan perkataan "person" (individu) yang terkandung di dalam Artikel 11 tersebut untuk merujuk kepada individu as per say, bukan lagi kumpulan atau agama secara umumnya. Ini adalah kali pertama dalam sejarah Malaysia attempt yang sebegitu berani & bersikap kurang ajar yang dilakukan untuk menghuraikan definisi tersebut untuk menguraikan ikatan Islam mengikut kepahaman peribadi seseorang penganut itu sendiri, dan menafikan hak Islam sebagai agama untuk mewajibkan umatnya mempraktikkan amalan & syariat Islam seperti yang terkandung dalam undang-undang Islam.Implikasi dan definisi 'Individu'Nampak & dengar terlalu kecil, tetapi implikasinya melampau batas pemikiran kita…!
Orang Islam dibenarkan meninggalkan Islam pada bila-bila masa sahaja, walaupun mengakui mereka adalah Melayu pada bangsanya. Ini bermakna Melayu di Malaysia bukan lagi terikat dengan agama Islam seperti yang telah digazetkan dalam perlembagaan. Apabila definisi "person" didefinisikan sebagai hak individu, maka agama Islam boleh ditafsirkan mengikut kefahaman individu sendiri tanpa ada undang-undang Islam yang boleh mengongkongnya; Orang Islam boleh keluar-masuk Islam pada bila-bila masa. Islam boleh diamalkan mengikut kefahaman sendiri sepenuhnya. Kesalahan syarie oleh seorang Muslim tidak boleh diambil tindakan disebabkan perundangan Syariah sudah tidak relevent. Sebagai contoh, solah boleh dilakukan mengikut sedap hati mengikut rakaat solah yang difahami sendiri, puasa dalam Ramadhan boleh ditinggalkan apabila membuat deklarasi “bukan Islam” pada bulan itu tanpa boleh diambil tindakan. Semua badan-badan Islam tidak relevent lagi dalam perundangan semasa, sebab hak mempraktikkan secara individu diperjuangkan. Raja-raja Melayu hilang kuasa sebagai benteng & simbol agama. Kanak-kanak apabila masuk umur 18 tahun, ibu bapa akan terus hilang kuasa untuk menetapkan agama dan fahaman mereka, dan tindakan boleh diambil ke atas ibu bapa yang memaksa anak mereka mengamalkan Islam. Perukunan Islam pada dasar sudah tidak valid disebabkan tiada satu pun akta-akta berkaitan Islam contohnya Akta Solah, Akta Puasa, Akta Haji, Akta Zakat yang mengikat seseorang Muslim di dalam perlembagaan.Mengapa kes Lina Joy?Kes Lina Joy adalah kes yang seduah lama didiamkan, tetapai ianya telah dimarketingkan diperingkat antarabangsa secara bersungguh-sungguh, adan ia adalah satu daripada ratusan ribu kes yang menanti untuk diketengahkan. Kes Lina Joy adalah kes yang mengambil kesempatan dalam kekalutan semasa umat Islam di dunia, dan di Malaysia khususnya yang amat lemah dan tidak ada keupayaan untuk digembleng untuk mempertahankan Islam di mana-mana sahaja, hatta mempertahan aqidah seorang muslim yang lain. Kes ini pada dasarnya adalah rentetan daripada tuntutan kumpulan “Artikel 11” yang pernah berkumpul di Petaling Jaya & Melaka, dan pernah cuba berkumpul di Pulau Pinang pada 14-Mei-2006 yang menuntut kepada pemerintah untuk membenarkan sepenuhnya kebebasan Murtad di bawah Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan, setelah kekalahan untuk kes Mohamed Abdullah @ Moorthy, S. Sharmala dan Nyonya Tahir. Amat mendukacitakan sekali apabila kumpulan Artikel 11 yang juga dikenali Inter-Faith Council (IFC) disertai oleh beberapa individu Melayu & Islam termasuklah Sister-in-Islam, yang digerakkan oleh pemimpin-pemimpin & sekutu pemimpin-pemimpin negara yang beragama Islam. Kes Lina Joy adalah attempt yang akan memberikan impact yang amat besar, dan diistilah kan sebagai “beyond our imgination” yang mana ia secara langsung mencabar undang-undang Syariah oleh Mahkamah Syariah di bawah Perkara 121(A) Perlembagaan Persekutuan, samaada ianya akan dipinda atau dihapuskan sepenuhnya, dan seterusnya mancabar hukam yang Allah SWT telah tetapkan di dalam Al Quran & As Sunnah. Berikutan kes Lina Joy, maka terlalu banyak kes-kes permohonan Murtad dan sebagainya yang telah lama menunggu & sedang menunggu, dan kejayaan dari kes ini akan membenarkan permohonan lebih 250,000 untuk keluar Islam akan dibenarkan oleh perlembagaan. Kes ini menjadi PERHATIAN PENUH organisasi & individu bukan Islam seluruh dunia, dan seluruh negara-negara besar didunia menghantar wakil untuk memberikan pressure yang besar ke atas hakim & sistem perundangan negara yang AMAT LEMAH untuk membela aqidah seorang rakyat Islam.www.becketfund.com, www.malaysianbar.org.my, www.bernama.com.my menyenaraikan dengan jelas fakta kes dan bagaimana organisasi besar satu dunia ini menjadi tembok & dalang yang begitu kuat yang membela Lina Joy. Ianya dianggotai oleh pelbagai pertubuhan hak asasi manusia sedunia. Di Malaysia pula 11 NGO dan organisasi menghantar wakil ke Mahkamah Persekutuun untuk memberi pressure kepada Hakim yang terlibat setelah mereka dibenarkan bersuara untuk membela Lina Joy, antaranya; Malaysian Bar Council All Women’s Action Society (AWAM)Sisters in Islam (SIS)Catholic Lawyers Society Interfaith Spiritual FellowshipMalaysian Civil Liberties Society (MCLS) Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism and Sikhism (MCCBCHS) National Human Rights Society (HAKAM) Pure Life Society Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) Vivekananda Youth Movement, Seremban Women’s Aid Organization (WAO) Women’s Development Collective (WDC) Wakil dari pertubuhan antarabangsa khususnya juga bercakap menyatakan pendirian & tekanan mereka ke atas mengkehendaki agama adalah pilihan 100% pada diri individu tanpa paksaan, dan membentngkan paper & kes study yang begitu panjang lebar kepada hakim-hakim yang terlibat untuk meletakkan mereka pada tahap kekeliruan yang amat tinggi. Dalang utama pihak yang membela Lina Joy adalah wakil Bar Council yang beragama Islam (Malik Imtiyaz Sarwar) telah mengambil partisan stand untuk memberi hujjah yang menyokong tindakan Lina Joy tersebut tanpa mendapat restu dari Bar Council member. Malik sendiri berpendirian agar seorang Muslim dibenarkan untuk menukar agama mereka kepada apa jua pilihan mereka… Suatu yang amat menyedihkan kerana tidak ada wakil daripada pertubuhan Islam yang begitu banyak di Malaysia, kecuali wakil beguam dari ABIM dan Persatuan Peguam Muslim Malaysia sahaja yang bercakap mempertahankan hujah. Suatu fakta yang dinyatakan oleh Peguambela pihak Lina Joy di dalam mengakhiri kes itu menyebut; "…it is time that we must knock into the heads of Malay that our country Malaysia is never been an Islamic country. Strong message must be thrown to Muslim to tell them that in Malaysia Islam is just a subservient to constitution…”Tindakan segeraMemandangkan kes ini hanya mempunyai tempoh 6 minggu sebelum diputuskan di Mahkamah Persekutuan Putrajaya pada 28-Julai-2006, maka tindakan segera telah diputuskan untuk diambil oleh segenap lapisan masyarakat Islam, antara keputusan jangka masa pendek yang telah dicadang dan dipersetujui akan diusahakan secepat mungkin adalah;
Penubuhan segera kumpulan Peguam Pembela Islam (PPI) yang diketuai oleh Peguam Zainur Zakaria, bekas Presiden majlis Peguam untuk melakukan protes kepada Majlis Peguam di atas keputusan beberapa Eksekutif Committee untuk menyokong kes Lina Joy;
Isu secara langsung seolahnya menunjukkan seolahnya Majlis Peguam adalah dalang utama kes ini setelah mereka menyatakan sokongan penuh kepada kes Lina Joy di Mahkamah Persekutuan baru-baru ini, sedangkan tidak pernah mendapat mandate tersebut daripada badan dan ahli Majlis Peguam yang dilantik. Majlis Peguam juga telah menjadi pemangkin kepada tindakan berani & kurang ajar pelbagai pertubuhan NGO bukan Islam dalam & luar negara untuk mengajar orang-orang Islam untuk bagaimana mengamalkan Islam di Malaysia.
Suatu EGM akan diadakan segera untuk membantah dengan mendapat tandatangan lebih 200 peguam Islam yang hadir dalam perjumpaan 12-Julai-2006 untuk menghalang Majlis Peguam daripada menyebelahi Lina Joy dalam kes beliau.
Zainur Zakaria dan dianggotai 15 peguam lain sebagai committee termasuk Kamar Ainiah, Zainul Rijal Abu Bakar, Haji Mohamad Buruk dan Dato' Zaiton Othman mewakili Persatuan Peguam Muslim Malaysia, merangkumi pelbagai bidang kepakaran dan fahaman politik yang pelbagai.
Antara yang lain adalah; Dato Abu Zahar, Dato Ainuddin, Zulkifli Nordin, PaaWan Chik Marican (Peguambela utama kes), Baharuddin, Subki Yusuf, Radhi (Setiausaha NGO Melayu), Zainddin Ismail, Zainur Ridaun, Shamsuriya, Azril, Raja Mustafa… Suatu website diwujudkan segera untuk menjadi rujukan kepada fakta kepada kes ini, www.peguampembelaislam.com atau www.peguampembelaislam.org, yang akan diputuskan segera mengikut kesesuaian.
Suatu Press Statement dikeluarkan oleh Peguam Pembela Islam untuk mendesak semua pihak yang terlibat untuk menghormati undang-undang dan menafikan penglibatan Majlis Peguam di dalam membela kes Lina Joy.
Perjumpaan oleh semua gabungan NGO Islam & Melayu untuk menyatakan sokongan terhadap tindakan Peguam Pembela Islam serta menyebarkan kesedaran kepada seluruh masyarakat tentang isu ini; Kes ini ada kes yang menjadi perhatian dunia, sedangkan di Malaysia kes ini disorokkan oleh pihak media tempatan atas alasan faktor keselamatan dan sebagainya, kecuali kenyataan yang terkandung di dalam Bernama.com.my
Umat Islam di Malaysia dari apa jua kefahaman politik dan bangsa perlu sedar dan disedarkan tenatang apa yang sedang berlaku dan implikasinya terhadap Islam, Muslim dan perjuangan Islam di Malaysia pada masa hadapan.
Majlis tersebut akan diselia oleh ABIM yang akan diadakan di Ibu Pejabat ABIM, Anjung Rahmat, Jalan Gombak pada 16-July-2006, Jam 2.30pm.
Semua dijemput hadir Press Statement telah dikeluarkan oleh Persatuan Peguam Syarie, Dato’ Zaiton Osman pada Jumaat 07-July-2006 tetapi langusng tidak dikeluarkan oleh mana-mana media di Malaysia. Mesej akan disampaikan melalui mimbar khutbah Jumaat pada minggu hadapan atas kebenaran daripada pihak yang terlibat.
Paling kurang 100,000 artikel akan dicetak dan diedarkan dengan tujuan untuk menyedarkan umat Islam tentang perkara ini dalam bentuk bertulis, dalam bentuk yang mudah dipahami kepada seluruh masyarakat Malaysia.
Solah Hajat diminta dilaksanakan di segenap peringkat untuk memberi kesedaran dan memohon pertolongan Allah untuk menyelamatkan aqidah Umat Islam di Malaysia, khususnya.
Usaha juga akan diteruskan untuk menyedarkan pemimpin-pemimpin negara serta Majlis Raja-Raja tentang implikasi dari sikap ambil tidak endah dari kes ini, serta meminta dengan kuasa yang ada pada tangan mereka untuk berusaha menyelamatkan aqidah umat Islam dari terus dimusnahkan.
Seluruh badan serta oraganisasi & individu mesti menggunakan setiap kekuatan yang ada untuk mempengaruhi serta menyedarkan masyarakat tentang isu ini, serta meminta masyrakat untuk mencuba sedaya mungkin mempengaruhi pihak yang terlibat untuk memastikan pekutusan berpihak kepada menjaga Aqidah Islam.
Pengumpulan dana kewangan segera susulan daripada dana yang telah dukumpul ketika perjumpaan peguam Muslim pada 12-Julai-2006, yang akan digunakan untuk menggerakkan bantuan kepada individu yang terlibat di dalam kes ini, termasukalah untuk mendapatkan beberapa unit notebook serta printer dan peralatan lain sekretariat Peguam Pembela Islam.
Mengumpul tandatangan seluruh Muslim di Malaysia untuk diserahkan kepada pemerintah dan Raja & Hakim sebagaimana yang telah dilakukan oleh NGO tersebut dengan mengumpul 20,000 tandatangan dan diserahkan kepada Perdana Menteri baru-baru ini. Amat malang tiada sebarang tindakan atau statement dikeluarkan oleh beliau, malah seorang Menteri yang terlibat dengan perundangan Malaysia juga telah melabelkan “bodoh” kepada individu yang menghalang dari usaha ini diteruskan. Seterusnya, atas usaha & idea bersama yang perlu dilakukan segera.
Maklumat seterusnya akan disalurkan melalui group email, boleh mendaftar sebagai ahli secara percuma;
peguampembelaislam@yahoogroups.comPenutupSaudara sekalain, Allah tidak akan tanya apa hasil dari apa yang kita lakukan, tetapi Allah akan tanya kita apa yang kita lakukan untuk memastikan tanggungjawab fardhu ‘ain untuk menegakkan Islam di muka bumi dilaksanakan…Fikir & bertindak. Wassalam. - mks.(Petikan Harakahdaily.net)
Thursday, July 13, 2006,7:52 PM
Orang tua tak sedar diri...!
14 Julai 2006 (Selasa) 7.45pm,
"BUKAN budak muda jer bang....orang tua tak sedar diri pun nak beli..."
Itulah kalimah yang tercetus apabila diri ini menanyakan jurujual 7E sebentar tadi.
Untuk makluman semua. Hari ini, diri ini 'under cover'. Bukan nak jadi jebon (itu hak milik Mat Sentul), atau James Bond (milik Sean Connery) tetapi hanya untuk menunaikan tanggungjawab sebagai insan yang bergelar Islam.
Itu sahaja. Takda lain.
Nak tanya dik....orang Islam boleh beli arak ker!
Terpaku sebentar kedua-dua budak kasyier 7E yang baru jer lepas layan seorang pelanggan. Sebenarnya, sebelum ini aku dah servey rak arak 7E sambil ambik gambau curi. Bersusun cantik arak-arak kat dalam chiller situ. Mata ini merayap dari satu jenama ke satu jenama; Tiger beer, stout, carlsberg, angkor dan ntah apa-apa lagi.Sesambil berfikir apa jenama nak difokuskan; tangan terus gagau dengan menggigil mencapai carlsberg. Ok gak ni, jenama internasional! Sambil jeling pada member (anis)...cepat lerrr ambik gambau kang kantoi!
Aku terus nuju ke kaunter. Letak carlsberg di kaunter dan buat muka gangster (konon gangster KL mau beli carlsbergla tu). Tanpa soal, tak sampai 5 saat tin carlsberg sudah masuk plastik. Terperanjat beruk juga aku...waaa mahal mak datuk...RM6.80 setin! Sambil capai tin air setan, aku terus keluar. Anis, lak dah tunggu ngan muka blurrr giler.Camna ni!Dia garu kepala sambil memandang mukaku.Gini...kita masuk dan tanya balik kat depa...Aku pun pasang strategi ngan anis. Dia setuju. Maka kami pun masuk. Maka bermulalah dialog soal jawap ngan bebudak 7E.Apa nak buat...memang haram bang...tapi dah diaorang nak beli...Cisss....jawapan kambing!Kami dah tampal larangan....tapi soal beli itu hak individu....Pehhh!!! Kambing punya jawapan lagi.Memanglah kita orang Islam....tapi pemiliknya Vincent Tan nak buat macamana...Memang kambing punya jawapan lagiiii!!!Ramai beli...budak muda....orang tua tak sedar diri pun ada...!
( Pejabat Agama Islam yang terletak di hadapan 7E)
Haiii...! Entahlah! Kami selepas tu pergi meninjau di sekeliling. Amboi, depan 7E, pejabat agama sebelahnya lak bangunan Mahkamah Syariah! Sah, lepas ni kalau masuk Harakah sure kena havoc!Gitula...Malaysiaku!Petang tu, aku dan anis belek-belek sampel tin carlsberg tu. Hmmm...kalau letak atas meja jer sure 'hilang'.Anis ambik terus sumbat dalam laci dia. Lesap! Forever!
Wednesday, July 12, 2006,8:52 AM
Oh DBP...!
Johan, Firdaus bawa masalah besar kepada DBP?
Oleh Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 12 Julai (Hrkh) - Pengurusan baru Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) disifatkan kucar-kacir dan bermasalah sejak diterajui Ketua Pengarah, Dato' Dr Firdaus Abdullah dan Pengerusi Lembaga Pengelolanya, Dato' Johan Jaafar.
“Bayangkan, sehingga bulan Julai ini masih belum ada aktiviti yang munasabah dari DBP berbanding ketika badan tersebut dipimpin Dato' Abdul Aziz Deraman," menurut sumber.
"Kegiatan sastera baik tempatan mahupun antarabangsa tiada langsung. Yang ada pun hanyalah dianjurkan beberapa persatuan penulis dan inisiatif pengarang sendiri," kata sumber itu lagi.
Malah, dikatakan bukan rahsia lagi di kalangan masyarakat sastera tanahair bahawa kedua-dua tokoh tersebut mentadbir DBP secara kuku besi.
"Kalau kita biasa tonton Johan pengerusikan Debat Perdana RTM, macam itu jugalah dia pengerusikan mesyuarat di DBP," kata seorang penggiat sastera.
Antara keluhan biasa didengar mengenai fungsi DBP hari ini ialah pengecilan peranan bahasa Melayu dalam pendidikan, namun begitu langkah-langkah kontroversi yang diambil oleh kedua-dua tokoh itu telah menimbulkan keresahan di kalangan pegawai dan pentadbir bahasa dan sastera di DBP sendiri.
Usaha mempromosikan sastera Malaysia di luar negara misalnya dikatakan terhenti dengan penstrukturan semula DBP. Ada banyak bahagian yang ditelan dengan penstrukturan ini dan peranannya secara automatik dikecilkan.
Seorang pengarang mapan yang menerajui sebuah persatuan penulis pula berpendapat keadaan ini timbul kerana dalam tempoh setahun memimpin DBP, Firdaus dan Johan cuba memadam legasi bekas Ketua Pengarah sebelumnya.
“Dato' Aziz dipukul dalam setiap ucapan Ketua Pengarah sehingga beliau terpaksa memilih akhbar tabloid Siasah untuk membela diri. Ini berlaku kerana sudah ada satu persefahaman antara pengarang sastera akhbar utama tanahair supaya tidak menyiarkan berita negatif mengenai DBP," katanya.
Exco persatuan penulis itu turut menegaskan, tokoh yang menerajui DBP kini mereka yang tidak hiraukan lagi soal sastera dan bahasa.
Sumber lain pula mendakwa, kegelisahan masyarakat penulis ini malangnya tidak dibela oleh sesiapa pun.
"Persatuan penulis seperti GAPENA didapati syok sendiri, mereka hanya habiskan duit sesama sendiri berjalan, kumpulan sasterawan tua pula takut bersuara sementara penulis muda didiamkan dengan projek berimbuhan besar atau jika ada yang masih menentang dan berani bersuara akan disenyapkan dengan menggam aktiviti dan hasil penulisan mereka," kata sumber itu.
Seorang pegawai DBP yang enggan dikenali pula menekankan keadaan ini berlaku kerana adanya kronisme.
“Sesama pegawai Dewan, lawak bahawa siapa orang Minang akan dapat perhatian lebih amat lazim didengar, merujuk Dato' Firdaus sebagai orang Minang.
"Lebih membingungkan misalnya penulis Achdiat Akashah yang mengarang buku seperti Budak Momok, Budak Setan, Gigolo dan lain-lain dipilih menjadi pembimbing atau guru mengajar bagaimana kaedah menulis novel sastera yang baik untuk pengarang-pengarang muda Indonesia, Brunei dan Malaysia Ogos ini," kata pegawai itu dengan penuh kesal.
Pegawai tersebut turut menambah, “Nampaknya harapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail untuk melihat bahasa Melayu menjadi bahasa universal tidak akan kesampaian sama sekali jika dua tokoh ini terus memimpin DBP.”__________________TERINGAT...zaman kampus lalu, begitu santai kami (penulis, Shukri Abdullah & Hassan Jaidin) keluar masuk DBP hatta ke bilik peribadi sang editornya seperti Zaen dan yang lainnya.
Tuesday, July 11, 2006,3:06 PM
Hmmm...alahai!
Alahai Najib: Budak sekolah pun mampu berfikir
Oleh M Khaleel Kas
Waktu hiburan: Reaksi pelbagai pihak diambil kira
KUALA LUMPUR 9 Julai - Kerajaan hari ini memberi jaminan bahawa keputusan muktamad terhadap cadangan melanjutkan waktu operasi pusat hiburan sehingga 5 pagi akan dibuat berasaskan kepada pengimbangan antara keperluan industri pelancongan dan masalah sosial.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sehubungan itu dalam tempoh ini kerajaan akan terus mendapatkan pandangan serta reaksi daripada pelbagai pihak berhubung dengan cadangan tersebut.
"Kerajaan masih perlu mendengar pandangan serta pendapat daripada pelbagai pihak sebab kita perlu mencari satu pendekatan yang dapat mengimbangi antara keperluan pelancongan dan kebimbangan dari segi masalah sosial dalam negara kita.
"Kedua-dua perhitungan ini akan menjadi panduan kepada kita sebelum sebarang keputusan dibuat,'' katanya. ( Utusan Malaysia: 11 Julai 2006)
___________________________________
Demikian bunyi kenyataan seorang Timbalan Perdana Menteri. Penulis tidak mahu mengulas lanjut. Cuma agak terkejut, seorang Timbalan Perdana Menteri hanya memiliki daya akal yang 'gitu-gitu aje'.
Tak melampau dikatakan, budak sekolah pun mampu berfikir lebih jauh dan bercakap lebih berasas daripada apa yang diucapkannya.
Apakah Najib tidak sedar dirinya sedang berada di Malaysia. Malaysia yang dicanangkan sebagai sebuah negara Islam? Malaysia yang sebagai juga merupakan Pengerusi bagi OIC. Malaysia yang juga meletakkan Islam sebagai agama rasmi dalam struktur perlembagaannya. Malaysia dan yang juga majoriti rakyatnya adalah berlatarkan pendidikan dan mengamalkan ajaran Islam.
Ataupun Najib sedang berkhayal dengan demam Piala Dunia yang telah pun tamat pada 10 Julai 2006 (Isnin) jam 5 pagi lalu bahawa dirinya masih lagi berada di Germany, negara yang penuh dengan maksiat serta rakyatnya sentiasa bermandikan arak!
Kenyataan Najib, "...melanjutkan waktu operasi pusat hiburan sehingga 5 pagi ...akan dibuat berasaskan kepada pengimbangan antara keperluan industri pelancongan dan masalah sosial," merupakan kenyataan yang begitu dangkal seolah segala permasalahan yang timbul sebelum ini akibat kemunculan pusat hiburan yang telah sedia ada tidak memberikan kesan sejentik pun di dalam naluri dirinya yang merupakan antara pemimpin Islam di negara ini.
Apakah yang masih perlu diperimbangkan lagi?
Apakah remaja dan muda-mudi Islam yang lalai dengan maksiat tidak cukup untuk Najib bagi membuat keputusan yang tegas dengan menempelak cadangan Tengku Adnan tempohari? Apakah kegilaan arak di kalangan belia Islam tidak menyakinkan Najib untuk menetapkan satu keputusan hakiki bahawa pelanjutan masa tidak dibolehkan demi menyelamatkan anak-anak muda pewaris bangsa?
Apakah keruntuhan nilai-nilai Islami dalam diri anak-anak masakini sehingga berpuluh ribu yang telah murtad sebagaimana yang didakwa oleh Mufti Perak, masih belum menyakinkan Najib untuk menidakkan cadangan yang tidak waras itu?
Atau apakah, Najib perlu menunggu sesi dialog Mungkar dan Nakir untuk membuat satu kewajaran optimum yang pastinya agak terlewat kelak?
(Petikan Harakahdaily.net)
Monday, July 10, 2006,3:10 PM
Di Malaysia pun kena kad MERAH!
10 Julai 2006 (Isnin) 3.00 pm,Akhirnya setelah lebih sebulan bergelut...buat sekian kalinya seluruh dunia dah tahu keputusan pagi tadi: FRANCE 'MENANG'!Hah...mulalah ramai nak bangkang...memanglah ITALY menang penalti; tapi puncaknya...skuad yang digelar 'kuda tua' yang 'menang! Mana taknya, dari abis perlawanan sampai beberapa jam berikutnya; pengulas hampir semua channel di Astro a.k.a. akhbar atau internet ulas tentang insiden kad merah.Nampaknya, general France: Zidane berjaya mengukir 'sejarah' tersendiri. Itulah bola sepak.Cuma kalau di Malaysia kini; nampak gayanya dalam pelbagai isu dan senario dok berlaku akan ada yang dapat kad merah gamaknya. Dari AP, Agusta, Jambatan Bengkok sampai pada soal salah pilih PM diungkitkan!Apakah MT takkan layangkan kad MERAH? Dan apakah tahun ini akan tercatat sejarah tersendiri; dalam musim FIFA 2006 - 2 kad merah dilayangkan; satu di Germany - satu lagi di Malaysia!Let's wait n see!
Friday, July 07, 2006,7:04 PM
Israel makin bongkak, umat Islam hanya berarak!
7 Julai 2006 (Jumaat) 7.00 malam,Hmmm...Israel menganas lagi. Umat Islam di Palestin lebih tepat di Semenanjung Gaza disembelih tanpa ihsan.Seluruh dunia hanya berpeluk tubuh! Sampai bila agaknya? PBB - senyap sepi. OIC - tak bertaring. Negara2 Arab / Islam - paling mampu buat demo, bantah!Sampai bila?(Umat Islam di sekitar ibu kota berarak ke Kedutaan Amerika bagi melahirkan bantahan atas kekejaman Israel selepas solat Jumaat - 7 Julai 2006)